P-e-n-g-g-u-b-a-l-B-l-o-g

My photo
Zagazig, Ash Sharqiyah, Egypt
Studied at zagazig faculty of medicine Born on March 30, 1990 n self-motivated ^^ ,confident and always smiling ...... p/s : Smile can heal the world to be better

Followers

Sebolehnya meninggalkan jejak anda pd S-h-o-u-t-B-o-x dan klik fb like below the the post thank u ^__^
Juga kepada pembaca sekalian , sila lengkapkan survey from nuffnang di sebelah kann

Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]


Saturday, June 25, 2011

Bersangka Baik

Salam semua

Ingin rasanya Muhd kongsikan kata-kata daripada
Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH.

Friday, June 24, 2011

Tv Malaysia Streaming Online

Salam Semua

Untuk memudahkan mereka-mereka yang ingin menonton tv online
Muhd telah sediakan link-link yang berkaitan

Tetapi Sebelum itu, bagi mereka yang belum mempunyai plugin microsoft windows media player untuk mozilla Firefox
link telah disediakan. Klik disini untuk men'Download' plugin

selepas install plugin, restart firefox

TV1 MALAYSIA

TV2 MALAYSIA

TV3 MALAYSIA

FOOTBALL n ETC

link telah disediakan sidebar

Saluran akan di update

Wednesday, June 22, 2011

Jangan marah bagimu syurga

Salam sejahtera

Penah dengar perkataan la taghdob walakal jannah??

Terpanggil si penulis untuk mengulas tajuk tentang marah...

Marah sememangnya tidak asing bagi kita yang bergelar seorang insan. Marah juga boleh di klasifikasikan sebagai satu sifat ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara.

Tetapi alangkah baiknya jika marah itu dibasuhi dengan  senyuman yang manis. Mengapa perlu berdendam walhal kemaafan itu lebih baik =)

Ingin muhd kongsikan satu hadis yang  telah muhd/kita pelajari semasa di sekolah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ : لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَاراً، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ
[رواه البخاري]
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah sholallohu ‘alaihi wa sallam : (Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Beliau bersabda : Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda : Jangan engkau marah.
(Riwayat Bukhori )
Kawan-kawan,
 
Apa yang bole kita faham sebenarnya daripada hadis ini

@Larangan marah. 
Marah yang tidak dikawal boleh membuka semua pintu kejahatan. Sebab itu apabila kita marah disarankan supaya berwuduk kerana syaitan itu diperbuat daripada api dan api sesekali tidak akan mampu untuk melawan air
itulah takdir alam

Allah s.w.t telah berfirman di dalam al-quran

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang beriman. bertakwalah kepada Tuhanmu”. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

az-zumar : 10

Lihat.. bagaimana Allah telah janjikan kepada kita satu nikmat yang sungguh indah hanya jika kita dapat menahan diri daripada marah.

cukuplah hanya kita memaafkan saudara kita yang lain setiap hari agar dunia ini bebas  daripada cengkaman busuk hati oleh manusia yang lain..

semoga dengan kemaafan, Allah membuka pintu syurga seluas-luasnya khas untuk kita

P/S : Maafkan saudara kita setiap kali sebelum kita tidur. Ingatlah, Allah menjanjikan kita syurga jika kita memberi kemaafan kepada orang lain walaupun kita benar-benar tidak bersalah

Selamat Beramal Semua




Thursday, June 9, 2011

Allah Itu Maha Adil

Bila berbicara tentang  adil, pelbagai tanggapan mahupun persepsi manusia yang memahami perkataan adil secara menyeluruh mahupun tidak.

keadilan bukanlah sesuatu yang amat menjengkelkan dalam kehidupan kita, bahkan setiap hari kita melalui bicara keadilan samada secara telus mahupun tidak.

Mengikut kamus dewan yang muhd  hafal terbaca, adil mempunyai pelbagai kategori/klasifikasi.
Contohnya
adil: ~ dan menghukum orang-orang yg melanggar undang-undang; keadilan sifat (perbuatan, tindakan)
adil: ~ seseorang raja atau pemerintah; ia menuntut ~ ia menuntut penyelesaian
dll.

Tetapi di sini ingin muhd bicarakan tentang keadilan Allah atas segala-galanya. Tahukah anda bahawa setiap apa yang terjadi di dalam kehidupan kita mempunyai pelbagai hikmah yang tersendiri??

Ada seorang hamba Allah bertanya kepada Muhd.. Apakah itu ketentuan Allah ke atas kita di dalam setiap kehidupan??
hurm..sebenarnya soalan ini sememangnya agak payah untuk dijawab kerana muhd bukanlah sehebat sahabat-sahabat yang mengambil jurusan tentang islam, tetapi muhd cuba juga untuk menjawab persoalan yang telah ditimbulkan walaupun agak berat kerana dia sepatutnya bertanyakan soalan ini kepada mereka yang lebih arif dan hebat dalam berbicara dan mengeluarkan hujah-hujah yang lebih bernas.

Muhd pernah mendengar satu ceramah di masjid..hurm..ustaz apa erk?? ....x tak ingat..
Dia pernah berkata sekali tentang ketentuan Allah terhadap manusia..
Manusia ini mempunyai dua pilihan samada berdiri disebelah tembok yang betul-betul mahu runtuh ataupun berdiri berjauhan dengan tembok tersebut..

kalau ditanya soalan ini kepada anda semua yang amat bijak belaka., siapa yang akan mati dulu bila tembok itu runtuh?
Ya, semestinya mereka yang duduk disebelah tembok itu..iye tidak??
biarkan iman anda yang berbicara tentang persoalan ini.

haaa..disinilah yang di katakan sebagai takdir/destiny dalam kehidupan kita..
kita yang sebenarnya memilih cara hidup. sometimes, ada sesetengah manusia itu tidak faham tentang takdir . Mereka hanya mampu menuding jari kepada Allah.
Suka hati akulaa nak hidup macammana sekalipun ..da Allah tentukn aku jadi buruk..habis tu nak bwat camne lg..

Wahai saudara2..Allah itu Maha Adil. Dia tidak menzalimi kita . Dia juga memberi kita pilihan dalam kehidupan, kerana Allah telah menetapkan takdir di dalam kehidupan manusia bukannya satu..
Allah memberi kamu pilihan samada melakukan kebaikan mahupun keburukan..
You must choose the correct path.. jika baik, maka baiklah pengakhirannya dan begitulah juga sebaliknya.

Kadang-kadang ada juga manusia itu sendiri, dia sudah bersungguh-sungguh dalam peperiksaan final year.
tetapi result yang dia dapat sangat-sangat mendukacita dengan usahanya yang telah dilakukan.
bukannya atas pagar, malah kurang drpd itu..belas-belas sahaja..

mesti terasa macam Allah itu tidak adil. Mana tidaknya kita sudah berusaha bersungguh-sungguh dan kita yakin kita boleh mumtaz..tiba2 ...................................................
Sebenarnya Allah ada menyimpan sedikit kemanisan yang tidak terhingga untuk kita menanti di masa hadapan.
kalu anda diberi pilihan
A)Lulus dengan cemerlang-->riak-->syirik-->neraka
B)Gagal setelah berusaha--->redha-->syurga
mana satu yang anda mahu?? kalu boleh mesti semua  nak pilih A tapi.lebih .menjurus kearah kesyukuran-->syurga
Allah lebih mengetahui tentang diri saudara..Serahkan kepada Allah setelah kita berusaha..
Hikmah sentiasa menanti anda..percayalah  kepada ALLAH YANG MAHA ADIL












Popular Posts