P-e-n-g-g-u-b-a-l-B-l-o-g

My photo
Zagazig, Ash Sharqiyah, Egypt
Studied at zagazig faculty of medicine Born on March 30, 1990 n self-motivated ^^ ,confident and always smiling ...... p/s : Smile can heal the world to be better

Followers

Sebolehnya meninggalkan jejak anda pd S-h-o-u-t-B-o-x dan klik fb like below the the post thank u ^__^
Juga kepada pembaca sekalian , sila lengkapkan survey from nuffnang di sebelah kann

Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]


Saturday, June 25, 2011

Bersangka Baik

Salam semua

Ingin rasanya Muhd kongsikan kata-kata daripada
Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH.

Friday, June 24, 2011

Tv Malaysia Streaming Online

Salam Semua

Untuk memudahkan mereka-mereka yang ingin menonton tv online
Muhd telah sediakan link-link yang berkaitan

Tetapi Sebelum itu, bagi mereka yang belum mempunyai plugin microsoft windows media player untuk mozilla Firefox
link telah disediakan. Klik disini untuk men'Download' plugin

selepas install plugin, restart firefox

TV1 MALAYSIA

TV2 MALAYSIA

TV3 MALAYSIA

FOOTBALL n ETC

link telah disediakan sidebar

Saluran akan di update

Wednesday, June 22, 2011

Jangan marah bagimu syurga

Salam sejahtera

Penah dengar perkataan la taghdob walakal jannah??

Terpanggil si penulis untuk mengulas tajuk tentang marah...

Marah sememangnya tidak asing bagi kita yang bergelar seorang insan. Marah juga boleh di klasifikasikan sebagai satu sifat ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara.

Tetapi alangkah baiknya jika marah itu dibasuhi dengan  senyuman yang manis. Mengapa perlu berdendam walhal kemaafan itu lebih baik =)

Ingin muhd kongsikan satu hadis yang  telah muhd/kita pelajari semasa di sekolah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ : لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَاراً، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ
[رواه البخاري]
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah sholallohu ‘alaihi wa sallam : (Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Beliau bersabda : Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda : Jangan engkau marah.
(Riwayat Bukhori )
Kawan-kawan,
 
Apa yang bole kita faham sebenarnya daripada hadis ini

@Larangan marah. 
Marah yang tidak dikawal boleh membuka semua pintu kejahatan. Sebab itu apabila kita marah disarankan supaya berwuduk kerana syaitan itu diperbuat daripada api dan api sesekali tidak akan mampu untuk melawan air
itulah takdir alam

Allah s.w.t telah berfirman di dalam al-quran

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang beriman. bertakwalah kepada Tuhanmu”. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

az-zumar : 10

Lihat.. bagaimana Allah telah janjikan kepada kita satu nikmat yang sungguh indah hanya jika kita dapat menahan diri daripada marah.

cukuplah hanya kita memaafkan saudara kita yang lain setiap hari agar dunia ini bebas  daripada cengkaman busuk hati oleh manusia yang lain..

semoga dengan kemaafan, Allah membuka pintu syurga seluas-luasnya khas untuk kita

P/S : Maafkan saudara kita setiap kali sebelum kita tidur. Ingatlah, Allah menjanjikan kita syurga jika kita memberi kemaafan kepada orang lain walaupun kita benar-benar tidak bersalah

Selamat Beramal Semua




Thursday, June 9, 2011

Allah Itu Maha Adil

Bila berbicara tentang  adil, pelbagai tanggapan mahupun persepsi manusia yang memahami perkataan adil secara menyeluruh mahupun tidak.

keadilan bukanlah sesuatu yang amat menjengkelkan dalam kehidupan kita, bahkan setiap hari kita melalui bicara keadilan samada secara telus mahupun tidak.

Mengikut kamus dewan yang muhd  hafal terbaca, adil mempunyai pelbagai kategori/klasifikasi.
Contohnya
adil: ~ dan menghukum orang-orang yg melanggar undang-undang; keadilan sifat (perbuatan, tindakan)
adil: ~ seseorang raja atau pemerintah; ia menuntut ~ ia menuntut penyelesaian
dll.

Tetapi di sini ingin muhd bicarakan tentang keadilan Allah atas segala-galanya. Tahukah anda bahawa setiap apa yang terjadi di dalam kehidupan kita mempunyai pelbagai hikmah yang tersendiri??

Ada seorang hamba Allah bertanya kepada Muhd.. Apakah itu ketentuan Allah ke atas kita di dalam setiap kehidupan??
hurm..sebenarnya soalan ini sememangnya agak payah untuk dijawab kerana muhd bukanlah sehebat sahabat-sahabat yang mengambil jurusan tentang islam, tetapi muhd cuba juga untuk menjawab persoalan yang telah ditimbulkan walaupun agak berat kerana dia sepatutnya bertanyakan soalan ini kepada mereka yang lebih arif dan hebat dalam berbicara dan mengeluarkan hujah-hujah yang lebih bernas.

Muhd pernah mendengar satu ceramah di masjid..hurm..ustaz apa erk?? ....x tak ingat..
Dia pernah berkata sekali tentang ketentuan Allah terhadap manusia..
Manusia ini mempunyai dua pilihan samada berdiri disebelah tembok yang betul-betul mahu runtuh ataupun berdiri berjauhan dengan tembok tersebut..

kalau ditanya soalan ini kepada anda semua yang amat bijak belaka., siapa yang akan mati dulu bila tembok itu runtuh?
Ya, semestinya mereka yang duduk disebelah tembok itu..iye tidak??
biarkan iman anda yang berbicara tentang persoalan ini.

haaa..disinilah yang di katakan sebagai takdir/destiny dalam kehidupan kita..
kita yang sebenarnya memilih cara hidup. sometimes, ada sesetengah manusia itu tidak faham tentang takdir . Mereka hanya mampu menuding jari kepada Allah.
Suka hati akulaa nak hidup macammana sekalipun ..da Allah tentukn aku jadi buruk..habis tu nak bwat camne lg..

Wahai saudara2..Allah itu Maha Adil. Dia tidak menzalimi kita . Dia juga memberi kita pilihan dalam kehidupan, kerana Allah telah menetapkan takdir di dalam kehidupan manusia bukannya satu..
Allah memberi kamu pilihan samada melakukan kebaikan mahupun keburukan..
You must choose the correct path.. jika baik, maka baiklah pengakhirannya dan begitulah juga sebaliknya.

Kadang-kadang ada juga manusia itu sendiri, dia sudah bersungguh-sungguh dalam peperiksaan final year.
tetapi result yang dia dapat sangat-sangat mendukacita dengan usahanya yang telah dilakukan.
bukannya atas pagar, malah kurang drpd itu..belas-belas sahaja..

mesti terasa macam Allah itu tidak adil. Mana tidaknya kita sudah berusaha bersungguh-sungguh dan kita yakin kita boleh mumtaz..tiba2 ...................................................
Sebenarnya Allah ada menyimpan sedikit kemanisan yang tidak terhingga untuk kita menanti di masa hadapan.
kalu anda diberi pilihan
A)Lulus dengan cemerlang-->riak-->syirik-->neraka
B)Gagal setelah berusaha--->redha-->syurga
mana satu yang anda mahu?? kalu boleh mesti semua  nak pilih A tapi.lebih .menjurus kearah kesyukuran-->syurga
Allah lebih mengetahui tentang diri saudara..Serahkan kepada Allah setelah kita berusaha..
Hikmah sentiasa menanti anda..percayalah  kepada ALLAH YANG MAHA ADIL












Monday, May 16, 2011

bersabarlah wahai daku

Salam Alaik,

Peperiksaan telah pun membuka tirai bagi pelajar perubatan terutamanya mereka yang berada di Mesir.
Kalau di tanya,hampir semua mengatakan "aduhai..awalnye pekse..study pun belum hbs..da la hritu cuti sebln lebey time evakuasi..!" begitulah reaksi sebahagian daripada mereka..

Sebahagiaan yang lain pula tersenyum lebar.."yes... slamat U x potong cuti summer sbb evakuasi..aku sggup pekse awal semata2 utk blk rumah awal"

Buat mereka yang terasa sedih sebab pekse x 'delay' dan terlalu gembira sbb cuti tidak dipotong.. Berusahalah sebaik mungkin dalam memantapkan pelajaran. Insyaallah dibalas dengan apa yg kita usahakn. Janganlah kita pertikaikan perkara sebegitu kerana ia mumpumyai hikmah yang  tersendiri.
semoga kita sama-sama dapat mengejar mumtaz di dunia dan akhirat

Terkadang terdengar pula kata-kata sbhgian yang lain...'alaa arab nie. bkn betul pun..kalu dier nk failkn kite..bile2 bole..nk duit laa katakan'..hurm.. mmg mungkin tidak dinafikan perkara sebegitu..Mereka yg pernah merasai pengalaman sebegini..pasti lukanya amat mendalam..
"kalu kite dibedah di dada, mana mungkin kita dapat melupakan perik siksa+kesan yg ada di dada"
begitulah juga dgn situasi mereka yang telah berusaha dan yakin, tetapi markah mereka tidak sampai suku pun..

percayalah wahai sahabatku, setiap ujian yang Allah turunkn kepada kita, pasti mempunyai hikmah yang sangat besar
"alaa koo muhd..ckp mcmtu mcm tu boley laa..aku yg kene nie mmg perit..malu sekampung"
ermm..mmg muhd tidak nafikn perkara2 sebegitu memang sukar untuk di terima..
kalu muhd kene pun..muhd susah untuk menerima..
Ya Allah, Engkau jauhkanlah perkara-perkara sebegini daripada kami.
Semua mahukan mumtaz. cuma usaha+tawakal kepada Allah perlulah setanding dgn gelaran mumtaz.

Muhd sendiri mahukan mumtaz, tetapi muhd tidak boleh hanya bergantung kepada diri semata-mata. Muhd memerlukan orang lain juga untuk membantu. Sepanjang practical exam ini, ramai yang telah bekorban dalam membantu muhd utk menjawab soalan. Tanpa mereka diibaratkan kereta yang tidak aerodynamic..mempunyai halangan aingin yang sgt hebat
special penghargaan 4 my parents kerana mendoakan muhd serta memberi motivasi dan juga "1**8" kerana banyak membantu xkira dimana sahaja muhd berada.
pencil colour+ notes + gloves + tips + dll
kepada "1103" yang tidak ada dalam senarai prac. anat serta "1155" ..terima kasih sebab membuat study group sesame daripada biochemistry sehinggalah anatomy.
Untuk 1164 pula. you r my best friend forever..walaupun kita baru je berkenalan..tetapi ukhuwwah kite seperti dipaut dgn satu ikatan yang tidak akan putus.. semoga kite mendapat naungan Allah di padang mahsyar..

tidak lupa juga kepada rakan2 seuniversity yg turut membantu..

Semoga kita sama2 saling bantu membantu untuk mendapatkan gelaran mumtaz itu sendiri..

sahabat2..buatlaa perancangan  dlm masa 2 minggu yang ada ini. Janganlah terlalu lalai sgt dengan movie.. kerana perjuangan kita belum lagi selesai..

Terima kasih kerana sudi membaca =)


Sunday, May 1, 2011

persediaan utk pekse final ^_^

salam sume

Sejak kebelakangan nie.. mmg terase nk buat milk shake perisa histo, anat,physio n biochem je...
mau x nyer..pekse da nk dekat ..so0o preparation mesti laa ader..

walaupun 4 subjek....tp mmg terbaik..sgt2 suke...(mata ke atas-tgn di dada)
disbbkn Allah amat memahami
jadual exam bile dilihat..sujukkk mata~..xde laa ketat mane 0__0

best laa..ader gap plg sikit 9 hari b4 next exam
tp blk pun lambat skit laa..hahah.
x sabar nk blk...

--->Anatomy???
1.Thorax---hampir cover sume
2.upper limb--- same gak
3.embyology--uhuk2..insyaallah akan ku cover sumenyer
4.general anat----yes!
5.abd&pelv----almost

--->histo???
3 subtopic lg nk cover sblm start practical..yg lain khalas~ senang ..insyaallah

--->physio plak camne??
blood , ans n N&m.insyaallah selesai..BUT...need 2 review  muchx1000 times
cvs n resp....hurmm not done yet..haha tgh bersungguh2 nie..gambatte!

--->biochem..hahaha lawak2
tgh pulun sampai jdi pulut

disini telah saya lampirkan jadual exam yg best
credit t0 nem0

nmpk x..gap btwn subjek2 tuu..sbnrnyer..ia telah memberi peluang kpd mrk2(termasuk si penulis)
utk memantapkn lg ilmu yg tersemat didada..

slps post yg ini..ke khalasan setiap subjek akn m'jadi realiti...

muhd doakn semoga kite sume mmpu memecahkn record mnjadi batch yg terhebat drpd senior2 sblm kite
akhir kalam

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ


“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.

selamat beramal sume

ikhlas drpd sang penulis yg x berape hebat dlm penulisannyer ^__^



Friday, April 22, 2011

Hari yg dinanti telah pun tiba ^^


Assalamualaikum sume ^^


Heheh..seperti biasa..ini adlh kali kedua saya memposting sejak hari penubuhan golden blog ini...waaa

tulaaa tgh penat2 nie..nk study xde mood..generator utk gelombang alpha pun da makin berkarat..soo terpaksa gune Beta plak... tp beta-wave mcm2 ragam....... ahhh never mind..just forget about it...

Hari ini merupakan hari yg sememangnyer dinntikan oleh segelintir sume student Zagazig..ahaa~
Its Seminar Kerjayas Time.. name cam bosan ..tp tulaa.. kalu x lalui mmg x tau

mmg best se-sangat3nyer..hehe..x kira laa drpd slot pertama kee..@ kedua kee..
TAPI~ yg paling best time golden nite..ader dinner~lailatul zahbiyah ...fuiyoo mengalahkn bistro mesia...Tp xde laa bwat kat HOTEL mcm dak2 student mesia..kitrg aper je yg ader..pasir2 yg dikumpul menjadi bggnn adelaaa haha..dan..dan3 roti pasir

Bab2 mknn mmg xyah citerlaa....mmg puas hati...siyess rugi sape x dtang hahah...senyum2 jer org tu
1.Hadramout..w0o0o0 org lain dpt rubu' je...tp sye dpt nisfu nuss bas tp da terkerat jd 3/4...ader org lain  ambk... T__T
2.Roti jala + kari + kentang keras+bunga...bunga..bunga ape ntah..lawang..bunge...ahh watever~...
mmg tersangat padu bile termkn bende tuh..rase nk mkn je bende tu bebanyak.. sabojelaa =___="
3. air teh???? wat de...ho0h0o alhamdulillah.. no komen

this time mmg rase cam nk kritik jer.. mane x nyer.. 1st..tgn diorg  x (ong) ..cabutan bertuah x kene..hahahh..
yg plng x tahan tuu..dier punyer PA system(3aiz eh wala eih laa)..bknnyer suara penanyi tu yg x sedap.....u know  wat i meant....mmg rubbish r..dgn speaker nyer lagi campur ngan org yg nyanyi tu suara dier mmg tidak sedap..haha sedap2 gurau je

tp persembahan yg plg best adlh drpd kumpalan unknown..salah sorg ahlinyer adlh abrar shafie.. mmg terbaek laa antre byk2 performer..suara abrar plng sedap...hahah nie kes nak tingkatkn abrar nyer alpha-wave level..semoga saye dan dier menjadi d0ktor+ nasyider terunggul..~hahaaa



siyes peformance diorg terbaek
 n gmbr dibwah ini adlh sbhn drpd seminar itu sendiri
bersama abg payad ^^






rehearsal

 yeah..this is the best day  ever..
akhir sekali..silalaa mengfollow blog saye dgn ikhlas..syang korg ^__^ klik disini utk dipermudahkn urusan peng-follow-an

sekian~





                                                                                    










Thursday, April 21, 2011

Yang Terindah

Salam sume,

Hari ini merupakan diantara detik2 sejarah yg amat membanggakn ddlm hidup korg aku...
bkn apa.. yelaa hr nie rmh jd kosong n sunyi sbb sume xde ..hahaha Im The King ...tp..ader syahirul
=__="

2.nasib baik aku x masak hr nie..yess~ mujur .. kalu x mmg berasap dapur.. dek bau yg sungguh mengiurkn (ayat iklan era.fm) tau x nie??
sape penah rase masakan aku??? gerenti masuk tandas..hahahah
betulla.. xkan lepas mkn korg x g tandas.. x kesah laa bile2... esk  ke ..smggu lps mkn masakan aku ke..
tp korg ttp akn masuk gak!!
huh xnk mengalah!!

3.tp sebenarnya..bkn bende tu yg  aku nk cakapkn.... malulaa~ hahahaa
      this is my 1st golden blog...waaa hebat...
muhd da maju skrg... ehem2.. aku da maju lama daa..korg jer yg x prasan sbb aku menggunakn teknologi yg tercanggih di abad ini menyebabkn korg x prasan aku da maju >:)

4.xlama lg pengkritik sbnr akn dtg ke blog aku..mengkritikan kehebatan aku dlm membuat blog...
(astaghfirullah) muhd mengucap!! Allah lebih hebat drpd kamu..qiamuhu binafsihi(berdirinya Allah dgn Sendirinya)

in the endnyer.. follow laa blog aku ^^ nnti aku blanjer k.. nk x?????


~De End~



Popular Posts